Sunday, February 15, 2009
muslim and the jews
seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel.Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin.Israel, nampaknya terlalu berkuasa.Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangansebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian,siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang jugaPengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS)Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujukhttp://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html) mengenai soal tersebut.Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapayang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawabsurat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysiayang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).Begini tulisan beliau:Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, limajuta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiaporang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semuasekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapaini berlaku?Siapa mereka ini?Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintiszaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teoriid, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan merekaberupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubinmemperkenalkan jarum suntikan pelalian.Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion menciptaubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menangHadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang HadiahNobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitansistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif(rawatan mental, kesugulan dan fobia).Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohendianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin danperkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buahpinggang.Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel,sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkanreaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentianoptik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat- stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); EmileBerliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pitarakaman).Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) ,Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison(Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan BillRossenberg (Dunkin Donuts).Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialahseorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan MadeleineAlbright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekaspengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton danBush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal(bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas GabenorJeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas TimbalanPerdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); BrunoKreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas SetiausahaPerbendaharaan AS).Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer(CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post);Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit TheWashington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New YorkTimes) dan Max Frankel (The New York Times).Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Diamenderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti seratadunia.Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlahAS$2 bilion.Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburgialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg danBoris Becker adalah Yahudi.Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, TonyCurtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen,Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, BenKingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falksemuanya Yahudi?Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antarapengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple),Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), MilosForman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The ThiefOf Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.MempengaruhiWashington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satupertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai JawatankuasaHal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhiKongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialahmanusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.Mengapa umat Islam terlalu lemah?Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satubilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta diAmerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hinduada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dansetiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islamterlalu lemah?Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semuacuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuksetiap tiga juta orang Islam.AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, ShanghaiJiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan AkademikUniversiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pununiversiti-negara Islam yang berada di puncak 500.Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialahhampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf.Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celikhuruf.Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurangsekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti,sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap(per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jep.(Petikan; Utusan Malaysia 14 Jan 2009 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment